LUAHAN HATI SEORANG PEMIMPIN YANG TABAH
mata-mata itu
mahu aku dilihat mati
dengan terus menyakiti
tapi mataku bukannya hidup tanpa hati
dan aku terus kembali berdiri
hari ini aku menangis lagi
kerana hati disakiti
oleh mata-mata yang hanya tahu memerhati
tanpa simpati
mata-mata itu sedang memaki
kononnya sudah cukup berhati-hati
berkata itu dan ini
bagi membela jati diri
entah ke mana pergi
mata dan hati
pergilah kau jangan kembali
gila!