02 July 2010

SUARAKU BERHARAP

MUDAH SAJA

cinta boleh jadi satu perkara untuk terus diperbandingkan...... walhal ikhlas itulah kuncinya...

23 June 2010

HIDUP TIDAK SELALUNYA INDAH

wah! aku mulai hari ini dengan baik sekali.. berbekalkan kerinduan kepadanya, aku segera menyelesaikan kerja dan tugasan di pejabat agar dapat segera pulang ke sisinya.. aku pernah rindu, tapi tidak pernah begini..
aku akui, selama mengenalin dia, tidak semua yang dilalui indah-indah..
bahkan, mungkin lebih banyak yang pahit dan menyakitkan..
menghindari cinta itu susah, tapi mempertahankan dan terus menerima adalah jauh lebih susah..
maka orang yang bercinta itu jauh lebih berani daripada mereka yang tidak.. yang mengaku dirinya mampu hidup sendiri..
hu3... aku syukur!

15 June 2010

CiNtA aDa


andai aku butakan mata
dapatkah kau mendengarkan wujudnya
andai engkau tutup telinga
dapatkah kau melihat keikhlasannya

aku cinta bukan dibayang mata
jauh dari bahasa
dekatkan ertinya

aku cinta bukannya disengaja
jauh dari wasangka
dekatkan hatinya

memang cinta ada dalam jiwa kita

andainya cinta itu buta
dapatkah kau mengubah pesonanya
andai mengalir air mata
dapatkah kau membezakan jernihnya

mengapa ada saksi yang tak memahami
mengapa ada saksi yang disalah erti

13 June 2010

Tatkala Ujian Melanda...

Aku cuba bersabar dan senyum di atas setiap ujian yang tiba dan menimpa diriku... Bukan mudah... Menjadi seorang manusia yang sempurna... Kesempurnaan ialah kelemahan yang kita miliki.. Fitrahnya kita...

07 June 2010

NOTA CINTA


kiniku sedari kesunyian tanpamu..
haruskah ini berakhir
ku perlukan dirimu

pulanglah sayangku
pulangkanlah diriku
tiada makna hidupku tanpamu

di manakah diriku di hatimu
ku mahu seperti dahulu

kau lupakan diriku
kian lama ku mencuba untuk bahagiakan dirimu
untuk suluh hidupku

dan kau hancurkan harapanku
dan engkau relakan hatiku
lupakan diriku
kau bukan yang dulu
selamat tinggal sayangku...

ADA KALA KITA PERLU BERPATAH BALIK
DI MANA IANYA BERMULA
MELIHAT BAGAIMANA IA BOLEH DISEMARAKKAN
KERANA SETIAP PELUANG MEMBERIKAN KEMUNGKINAN
NAMUN KADANG2 IA MEMERLUKAN LEBIH DARIPADA ITU...

06 June 2010

BiLa CiNtA



bila cinta kini tak lagi bermakna
yang ku rasa ini hanyalah nestapa
ditinggalkan cinta masa lalu...

dulu kau tawarkan manisnya janjimu
dan ku sambut itu dengan segenap hatiku
hingga engkau pergi tinggalkanku

hilangnya cintamu
menusuk hatiku
hinggaku memilih cinta yang fana
perginya dirimu
merobek jantungku
hinggaku terjatuh dalam harapan

OST: Lagenda Budak Setan

02 June 2010

BICARA DUA EKOR KUCING JADIAN

  • UNGAU : sepatutnya, rindu yang memakan diri tidak boleh dilafazkan.. ia akan bertambah menyakitkan..
  • DUNGAU : mahalnya ayat kau ni tau..
  • UNGAU : aku tiada niat mau jual..
  • DUNGAU : memang saya minta free pun.. hahaha..
  • UNGAU : sesuatu yang percuma jarang dihargai..
  • DUNGAU : ermm.. tapi senang untuk didapati.. tu yang best..
  • UNGAU : macam pakai buang..
  • DUNGAU : ermm.. kalau orang yang tidak terlampau demand dia tidak buang-buang tu.. dia akan terus simpan sampai bila dia boleh terus pakai..
  • UNGAU : disimpan bukan kerana mau.. tapi kerana takut tiada lagi yang ada untuk dipakai..
  • DUNGAU : tu lah.. sebab duit bukan banyak sangat mau beli kan? jadi ada kalanya orang kaya macam datuk tu pun teringin juga yang percuma sebenarnya..
  • UNGAU : iya.. ramai orang hanya mau menerima tapi susah memberi..
  • DUNGAU : ermm.. biasalah orang timur.. susah bha mau korek harta yang dia tanam berpuluh-puluh kaki dalam tanah.. atau tangan yang tidak setaraf untuk memberi..
  • UNGAU : asal usul bukan hukuman atau ukuran pada sifat.. taraf akan tewas jauh di belakang kalau ikhlas..
  • DUNGAU : kalau hati masih simpan rasa segan?
  • UNGAU : kalau berani mau menerima, kenapa takut memberi?
  • DUNGAU : takut memberi sebab takut tidak akan diterima..
  • UNGAU : semua orang suka menerima.. tambahan lagi kalau percuma..
  • DUNGAU : tangan yang menanggung berat beban sebab tidak diterima lebih berat daripada tangan yang memberi..
  • UNGAU : kalau ikhlas, tiada bezanya antara si pemberi dan penerima..
  • DUNGAU : keikhlasan pemberi hanya terkesan oleh mata seorang penerima yang ikhlas..
  • UNGAU : berapa harga sebuah keikhlasan?
  • DUNGAU : sejauh mana mata boelh kesan keikhlasan tu maka itulah harga sebuah keikhlasan..
  • UNGAU : kalau begitu keikhlasan tidak ternilai atau tidak bernilai?
  • DUNGAU : tidak ternilai bagi orang yang tidak tau harganya dan bernilai bagi orang yang tau harganya..
  • UNGAU : apa beza yang tau dan yang tidak tau? matanya ka? atau hatinya?
  • DUNGAU : matanya melihat.. hatinya yang menilai..
  • UNGAU : kalau dia tidak nampak dan buta, jadi mana puncanya?
  • DUNGAU : hanya mampu untuk berterima kasih dengan si pemberi.. melainkan hati yang sanggup untuk menilai semula..
  • UNGAU : kalau penerima sudah tau berterima kasih, pemberi akan sanggup untuk terus memberi dengan percuma..
  • DUNGAU : sebanyak mana pemberi itu memberi maka sebanyak itu jugalah penerima akan rasa terhutang budi dengan pemberi..
  • UNGAU : trima kasih.. aku tau sudah berapa harga ikhlas..
  • DUNGAU : berapa?
  • UNGAU : RM5 sekilo..
  • DUNGAU : ermm.. hebat pengiraan kau..
  • UNGAU : gurau ja.. harga ikhlas sama dengan cinta.. kedua-duanya enggan diakui oleh pemberi.. tapi selalu diharapkan oleh penerima..
  • DUNGAU : sebab penerima boleh jadi pemberi.. pemberi boleh jadi penerima.. sama-sama ada keikhlasan.. sama-sama ada cinta.. untuk menentukan harga memang sangat sukar..
  • UNGAU : bijak! :)
  • DUNGAU : kau memberikah tu?
  • UNGAU : kenapa tanya? bukan mata boleh nampak dan hati dapat menilai ka?
  • DUNGAU : tu kalau sekiranya mata saling merenung..
  • UNGAU : hati?
  • DUNGAU : tanpa terjadinya renungan hati tidak akan dapat memainkan peranannya..
  • UNGAU : mahalnya..
  • DUNGAU : tapi saya bagi free ja..
  • UNGAU : trima kasih..
  • DUNGAU : hehe.. harap kau sudi terima..
  • UNGAU : percuma atau hutang ni?
  • DUNGAU : percuma dan tiada tol pun..
  • UNGAU : terima kasih sekali lagi.. lama sudah aku emncari benda percuma begini.. salam isyak..

APA YANG ANDA FAHAM???