Siapa masih ingat novel inggeris yang bertajuk DR JEKYL & MR HIDE?
Novel yang menceritakan kehidupan seorang lelaki yang mempunyai 2 perwatakan yang berbeza.
Novel yang cuba menyampaikan mesej bahawa seorang manusia itu mempunyai 2 unsur dalam dirinya. unsur baik dan jahat.
Erm... Sejujurnya, aku setuju! Bahkan dalam ayat Allah pun ada menyatakan bahawa dalam diri manusia ada malaikat dan syaitannya.
Kuat malaikatnya, maka baiklah dirinya.
Begitu juga bila kuat syaitannya, maka jahatlah dirinya.
Tapi! (cewah!)
Kita mampu menentukannya. Kan, kan? Sifat maha pengasih dan maha adil Allah yang tidak bertepi memberikan kita ruang dan kekuatan untuk melukis masa depan dan siapa kita. Putih ka, hitam ka, itu mampu kita warnakan. :)