02 June 2010

BICARA DUA EKOR KUCING JADIAN

  • UNGAU : sepatutnya, rindu yang memakan diri tidak boleh dilafazkan.. ia akan bertambah menyakitkan..
  • DUNGAU : mahalnya ayat kau ni tau..
  • UNGAU : aku tiada niat mau jual..
  • DUNGAU : memang saya minta free pun.. hahaha..
  • UNGAU : sesuatu yang percuma jarang dihargai..
  • DUNGAU : ermm.. tapi senang untuk didapati.. tu yang best..
  • UNGAU : macam pakai buang..
  • DUNGAU : ermm.. kalau orang yang tidak terlampau demand dia tidak buang-buang tu.. dia akan terus simpan sampai bila dia boleh terus pakai..
  • UNGAU : disimpan bukan kerana mau.. tapi kerana takut tiada lagi yang ada untuk dipakai..
  • DUNGAU : tu lah.. sebab duit bukan banyak sangat mau beli kan? jadi ada kalanya orang kaya macam datuk tu pun teringin juga yang percuma sebenarnya..
  • UNGAU : iya.. ramai orang hanya mau menerima tapi susah memberi..
  • DUNGAU : ermm.. biasalah orang timur.. susah bha mau korek harta yang dia tanam berpuluh-puluh kaki dalam tanah.. atau tangan yang tidak setaraf untuk memberi..
  • UNGAU : asal usul bukan hukuman atau ukuran pada sifat.. taraf akan tewas jauh di belakang kalau ikhlas..
  • DUNGAU : kalau hati masih simpan rasa segan?
  • UNGAU : kalau berani mau menerima, kenapa takut memberi?
  • DUNGAU : takut memberi sebab takut tidak akan diterima..
  • UNGAU : semua orang suka menerima.. tambahan lagi kalau percuma..
  • DUNGAU : tangan yang menanggung berat beban sebab tidak diterima lebih berat daripada tangan yang memberi..
  • UNGAU : kalau ikhlas, tiada bezanya antara si pemberi dan penerima..
  • DUNGAU : keikhlasan pemberi hanya terkesan oleh mata seorang penerima yang ikhlas..
  • UNGAU : berapa harga sebuah keikhlasan?
  • DUNGAU : sejauh mana mata boelh kesan keikhlasan tu maka itulah harga sebuah keikhlasan..
  • UNGAU : kalau begitu keikhlasan tidak ternilai atau tidak bernilai?
  • DUNGAU : tidak ternilai bagi orang yang tidak tau harganya dan bernilai bagi orang yang tau harganya..
  • UNGAU : apa beza yang tau dan yang tidak tau? matanya ka? atau hatinya?
  • DUNGAU : matanya melihat.. hatinya yang menilai..
  • UNGAU : kalau dia tidak nampak dan buta, jadi mana puncanya?
  • DUNGAU : hanya mampu untuk berterima kasih dengan si pemberi.. melainkan hati yang sanggup untuk menilai semula..
  • UNGAU : kalau penerima sudah tau berterima kasih, pemberi akan sanggup untuk terus memberi dengan percuma..
  • DUNGAU : sebanyak mana pemberi itu memberi maka sebanyak itu jugalah penerima akan rasa terhutang budi dengan pemberi..
  • UNGAU : trima kasih.. aku tau sudah berapa harga ikhlas..
  • DUNGAU : berapa?
  • UNGAU : RM5 sekilo..
  • DUNGAU : ermm.. hebat pengiraan kau..
  • UNGAU : gurau ja.. harga ikhlas sama dengan cinta.. kedua-duanya enggan diakui oleh pemberi.. tapi selalu diharapkan oleh penerima..
  • DUNGAU : sebab penerima boleh jadi pemberi.. pemberi boleh jadi penerima.. sama-sama ada keikhlasan.. sama-sama ada cinta.. untuk menentukan harga memang sangat sukar..
  • UNGAU : bijak! :)
  • DUNGAU : kau memberikah tu?
  • UNGAU : kenapa tanya? bukan mata boleh nampak dan hati dapat menilai ka?
  • DUNGAU : tu kalau sekiranya mata saling merenung..
  • UNGAU : hati?
  • DUNGAU : tanpa terjadinya renungan hati tidak akan dapat memainkan peranannya..
  • UNGAU : mahalnya..
  • DUNGAU : tapi saya bagi free ja..
  • UNGAU : trima kasih..
  • DUNGAU : hehe.. harap kau sudi terima..
  • UNGAU : percuma atau hutang ni?
  • DUNGAU : percuma dan tiada tol pun..
  • UNGAU : terima kasih sekali lagi.. lama sudah aku emncari benda percuma begini.. salam isyak..

APA YANG ANDA FAHAM???

KALAU ESOK....

kalau esok orang yang kau sayang bisu,
apa yang kau mahu dia katakan?

kalau esok orang yang kau sayang pekak,
apa yang kau mahu dia dengar?

kalau esok orang yang kau sayang buta,
apa yang kau mahu dia lihat?

MUNGKIN akan ada pelbagai jawapan yang diberikan bila persoalan seumpama ini diberikan.
keunikan setiap kita melihat dan menilai sesuatu akan membolehkan pelbagai jawapan yang menarik dan bernas disuarakan...
tambahan pula, sudah banyak alat bantuan bercakap, mendengar dan melihat hasil daripada perkembangan teknologi dan sains... hehehe...

TAPI...

kalau esok orang yang kau sayang pergi untuk selamanya,
apa yang kau mampu lakukan?

HARGAILAH setiap orang di sekeliling kita selagi mereka ada di sisi...
kerana tiada ilmu teknologi yang mampu mengembalikan perpisahan yang diformulakan oleh TUHAN YANG MAHA KUASA melainkan DIA saja...

03 May 2010

SAAT YANG INI

Tiada siapa yang minta disakiti dan diuji dengan kepahitan hidup.. Tapi bila aku celikkan mata dan bukakan hati supaya bersabar dan menerima, aku belajar sesuatu yang bermakna... Setiap orang ada keberatan dan kepayahan masing-masing kan? Tiada siapa yang lebih malang daripada sesiapa... Ia cuma bergantung pada jiwa yang menerima... Memang sakit bila apa yang berlaku seringkali tidak seperti yang diharapkan.. Marah dan dendam pun menjadi-jadi... Tapi apalah yang aku dapat daripada itu? Sebaiknya kita belajar dan terus belajar... Mungkin ini cara Tuhan mengajar kita...

23 January 2010

SaMpAi KaPaN?


Ada sesuatu yang baru2 ini berlangsung di sekeliling aku sehingga membuat aku banyak berfikir, menilai, cuba merasa dan memahami.. tapi sayang.. aku sedar yang aku betul tak mampu.. hohoho.. manusia ni memang unik daa.. makin kita cuba nak faham, makin bingung.. sekejap macam ni, sekejap macam tu.. pendek kata, aku tak faham..
Aku boleh pertimbangkan kalau sesuatu yang tak patut tu dibuat disebabkan kita nak buat ihsan pada orang lain.. tapi ini nak menjatuhkan orang, hasad dengki, mata duitan, hipokrit dan seumpamanya.. bukan mengeji, cuma aku tertanya-tanya.. mana orang yang selama ni beriya-iya nak memperjuangkan nasib orang lain?
Em.. mungkin betul kot kata orang orang yang kata-kata orang macam orang ni cuma kata-kata semata-mata..

25 December 2009

JaHaT + bAiK

Siapa masih ingat novel inggeris yang bertajuk DR JEKYL & MR HIDE?
Novel yang menceritakan kehidupan seorang lelaki yang mempunyai 2 perwatakan yang berbeza.
Novel yang cuba menyampaikan mesej bahawa seorang manusia itu mempunyai 2 unsur dalam dirinya. unsur baik dan jahat.
Erm... Sejujurnya, aku setuju! Bahkan dalam ayat Allah pun ada menyatakan bahawa dalam diri manusia ada malaikat dan syaitannya.
Kuat malaikatnya, maka baiklah dirinya.
Begitu juga bila kuat syaitannya, maka jahatlah dirinya.
Tapi! (cewah!)
Kita mampu menentukannya. Kan, kan? Sifat maha pengasih dan maha adil Allah yang tidak bertepi memberikan kita ruang dan kekuatan untuk melukis masa depan dan siapa kita. Putih ka, hitam ka, itu mampu kita warnakan. :)

29 November 2009

CiNtA SeMpUrNa

Aku manusia lemah selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
kau berdiri teguh
Aku serba tiada
aku kekurangan
Dan bila kau tiba
aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku tak mampu untuk menanggung
Sebuah cinta sempurna darimu

Bukan aku tak pernah mengerti dirimu
Ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu akhirkan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan

JIKA ANAK

1. Jika anak banyak dicela, ia akan terbiasa menyalahkan
2. Jika anak banyak dimusuhi, ia akan terbiasa menentang
3. Jika anak dihantui ketakutan, ia akan terbiasa merasa cemas
4. Jika anak banyak dikasihani, ia akan terbiasa meratapi nasibnya
5. Jika anak dikeliling olok-olok, ia akan terbiasa menjadi pemalu
6. Jika anak dikitari rasa iri, ia akan terbiasa merasa bersalah
7. Jika anak banyak dimengerti, ia akan terbiasa menjadi penyabar
8. Jika akan banyak diberi dorongan, ia akan terbiasa percaya diri
9. Jika anak terbiasa dipuji, ia akan terbiasa menghargai
10. Jika anak diterima oleh lingkungannya, ia akan terbiasa menyayangi
11. Jika anak tidak banyak dipersalahkan, ia akan terbiasa menjadi dirinya
12. Jika anak mendapat pengakuan dari kiri kanan, ia akan terbiasa menetapkan arah langkahnya
13. Jika anak diperlakukan dengan jujur, ia akan terbiasa melihat kebenaran
14. Jika anak ditimang tanpa berat sebelah, ia akan terbiasa melihat keadilan
15. Jika anak mengenyam rasa aman, ia akan terbiasa mengandalkan dirinya dan mempercayai orang sekitarnya
16. Jika anak dikerumuni keramahan, ia akan terbiasa berpendirian

RENUNGKANLAH...

ZZzZoOoOmMmMm...


iNiLaH aDaM.. aDiK BoNgSu aKu... kui3... CoMeL MaCaM kAkAkNyA...

20 November 2009

CARA LAWAN HANTU

Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya itu.

Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada di situ.

Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja,dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni.. nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya… lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu…

Hantu Web
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr.. lepaih tu nengok web ni .. macam sekarang nih.. sah-sah tengah baca artikel nie.. macamana nak jawab.. korang sendiri gak jadik hantu.. jadi bawak-bawaklah buat kerja =)

WAJAH PENCINTA

Kepada yang masih SINGLE..
Cinta ibarat kupu-kupu.. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kaubiarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga.. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, Tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima. Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN… Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL…
Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar-benar peduli.. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI…
Sakit… luka… hancur.. patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA…
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa2. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar2 dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI…
Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

Kepada yang takut MENGAKUI…
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila Orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI…
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

SuRaT CiNtA uNtUk WaNiTa SuCi

Wanita suci,
Mungkin aku memang tak romantis,
karena kau tak mengenalku
dan tak perlu mengenalku…
Bagiku kau bukan bunga,
tak mampu aku samakanmu dengan bunga-bunga terindah dan terharum sekalipun
Bagiku manusia adalah mahluk terindah,
tersuci dan tertinggi
Bagiku kau salah satu manusia terindah,
tersuci,
dan tertinggi,
karenanya kau tak membutuhkan persamaan…

Wanita suci,
Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh,
karena itu akan membuatku mengingatmu
Berarti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku
Membuatku inginkanmu sepenuh hati,
seseluruh jiwa,
sesemangat mentari
Kasihani dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur,
dirimu terlalu suci…

Wanita suci,
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tak berujung,
ada ingin tapi tak ada henti
Menyentuhmu merupakan ingin diri,
berkelebat selalu,
meski ujung penutupmupun tak berani kusentuh
Jangan pernah kalah oleh mimpi dan inginku,
karena sucimu,
indahmu kau pertaruhkan
Mungkin kau tak peduli,
tapi kau hanya akan menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah,
Tak lebih dari wanita biasa

Wanita suci,
Jangan pernah kau tatapku penuh,
bahkan kau tak perlu lirikkan matamu untuk melihatku
Bukan karena aku terlalu indah,
tapi karena aku seorang manipulator
Aku biasa memakaikan topeng keindahan pada wajah burukku,
mengenakan pakaian sutera emas
Meniru laku para rahib,
meski hatiku lebih kotor dari kubangan lumpur
Kau memang suci,
tapi masih sangat mungkin kau termanipulasi
karena toh kau hanya manusia -hanya wanita- meskipun kau wanita suci

Wanita suci,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang sepenuh diri bawamu pada Allah
Untuknya dirimu ada,
kata otakku,
terukir dalam kitab suci tak perlu pikir lagi
Tunggu sang lelaki suci menjemputmu dalam rangkaian khitbah dan akad
Atau kejar sang lelaki suci,
itu adalah hakmu seperti yang dicontohkan ibunda Khadijah
Jangan ada ragu,
jangan ada malu,
semua terukir dalam kitab suci

Wanita suci,
Bariskan harapmu pada istikharah sepenuh arti ikhlas
Relakan Allah pilihkan lelaki suci bagimu,
mungkin sekarang atau nanti,
bahkan mungkin tak ada sampai kau mati
Mungkin itu berarti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di alam permainan saat ini
Mungkin lelaki suci itu menantimu di istana kekalmu yang kau bangun dengan seluruh kekhusyu’an ibadahmu

Wanita Suci,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu,
tapi itulah inginNya,
tak ada yang lebih baik dari pilihanNya
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki terpilih itu
Melainkan pada jalan yang kau pilih
Seperti kisah Ummu Sulaim di masa lalu yang meminta keislaman sebagai mahar pernikahan
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima putusan sang Kekasih tertinggi
Kekasih tempat kita menerima cinta yang tak terhingga dalam tiap detik hidup kita…

" Surat dari seorang Ikhwan Untuk Semua wanita suci di dunia, sebagai taushiah"

Sumber: unknown


MOHABBAT (C.I.N.T.A.)

SeKaDaR SesUaTu UnTuK DiKoNgSi bErSaMa...

19 November 2009

E.V.O.L.U.S.I.

terangkan maknanya jika perubahan adalah sesuatu yang wajar.. kerana fleksibiliti seseorang ada hadnya, ada waktunya, ada caranya.. BERFIKIRLAH!

AKU & DATIN

KADANG-KADANG SEORANG SAHABAT ITU ADALAH SEORANG YANG PADA AWALNYA AMAT MEMBERATIMU... KAH3... :p

20 October 2009

MATA HATINYA

LUAHAN HATI SEORANG PEMIMPIN YANG TABAH
mata-mata itu
mahu aku dilihat mati
dengan terus menyakiti
tapi mataku bukannya hidup tanpa hati
dan aku terus kembali berdiri
hari ini aku menangis lagi
kerana hati disakiti
oleh mata-mata yang hanya tahu memerhati
tanpa simpati
mata-mata itu sedang memaki
kononnya sudah cukup berhati-hati
berkata itu dan ini
bagi membela jati diri
entah ke mana pergi
mata dan hati
pergilah kau jangan kembali
gila!