apa yang kau mahu dia katakan?
kalau esok orang yang kau sayang pekak,
apa yang kau mahu dia dengar?
kalau esok orang yang kau sayang buta,
apa yang kau mahu dia lihat?
MUNGKIN akan ada pelbagai jawapan yang diberikan bila persoalan seumpama ini diberikan.
keunikan setiap kita melihat dan menilai sesuatu akan membolehkan pelbagai jawapan yang menarik dan bernas disuarakan...
tambahan pula, sudah banyak alat bantuan bercakap, mendengar dan melihat hasil daripada perkembangan teknologi dan sains... hehehe...
TAPI...
kalau esok orang yang kau sayang pergi untuk selamanya,
apa yang kau mampu lakukan?
HARGAILAH setiap orang di sekeliling kita selagi mereka ada di sisi...
kerana tiada ilmu teknologi yang mampu mengembalikan perpisahan yang diformulakan oleh TUHAN YANG MAHA KUASA melainkan DIA saja...
No comments:
Post a Comment